mirahkhair
4 tahun
Demam, muntah dan Pening kepala
Kebelangkaan ini anak saya berumur 8 tahun dan mengadu sentiasa pening. 3 hari yang lepas dia tiba tiba demam dan muntah. Sejak dari itu dia asyik kata pening tak pagi tengahari atau pun malam. Apa yang saya perlu buat. Ibu yang buntu. Tolong jawab soalan saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda terdapat pelbagai sebab pening, bagi kanak-kanak ia boleh berpunca daripada:
- Masalah mata seperti rabun yang boleh disebabkan oleg penggunaan gadjet atau menonton tv yang kerap
- Demam boleh menyebabkan gejala pening kepala
- Tekanan darah rendah
- Anemia
- Jangkitan teling atau masalah telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.