Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Demam on off selama 4hari

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Ogos 10, 2020 4:22 AM

Sulit 52 hari

Saya demam on off dah 4 hari. Tapi klauu demam tu kejap je. Xsampai 3jam pastu panas n berpeluh and then ok.Esk nya demam lg. Biasanya dlm lingkungan pkul 6-9malam demam. Batuk2 dah ok skit sejak makan madu.Dah g klinik cek darah. Dr xcakap apa2 just bg mc sehati and bg ubat batuk n paracetamol

Dr Ramzdhan 52 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan penerangan yang diberi, kami memahami kebimbangan anda mengenai demam selama 4 hari bersama batuk. Adalah dimaklumkan bahawa anda telah berjumpa dengan doktor mengenai masalah ini dan telah menjalani ujian darah.

Untuk makluman anda, demam ‘on off’ boleh berpunca daripada beberapa sebab:

  • Jangkitan kuman atau virus
  • Penyakit abses
  • Jangkitan saluran kencing atau buah pinggang
  • Stress fizikal dan mental
  • Kurang berehat ataupun kurang bersenam.

Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Memandangkan anda hanya menjalani ujian darah sahaja, terdapat beberapa ujian lain yang boleh dijalankan untuk anda bagi mengenalpasti punca masalah tersebut seperti:

  • Ujian kencing
  • Abdomen ultrasound
  • Ujian darah PCR
  • Analisis najis.

Walaubagaimanapun, anda boleh mencuba yang berikut bagi mengurangkan demam yang dialami:

  • Rehat secukupnya
  • Perbanyakkan minum air
  • Mandi air sejuk
  • Kurangkan stress
  • Gunakan pek ais untuk kawal suhu badan anda

Untuk maklumat dan pertanyaan lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Aug 10 2020 04:22:47 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang kesihatan am secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Multiple lymph nodes swollen Hai doktor. Saya wanita berumur 20 tahun. Saya mengalami banyak pembengkakan kelenjar limfa di bahagian leher saya. 4 biji disebelah kanan dan 3 biji di sebelah kiri di leher yang berdekatan dgn… Baca lagi...
12 hari
Sulit
Pertanyaan mengenai covid19 Saya telah merentas negeri pada 20-22hb yang lalu, (Penang - Selangor). Semasa 20hb tersebut,saya telah mengunjungi nu sentral di mana kawasan tersebut telah mempunyai kes positif covid19 pada b… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Mengapa selepas membuat exercise saya rasa mengantuk dan terus tertidur? Adakah exercise yang saya lakukan tidak sesuai dengan badan saya? Saya wanita berusia 36 tahun dan baru melahirkan anak 10 bulan yang lalu. Berat sekarang 73kg dan ingin menurunkan berat badan. Exercise yang saya lakukan di rumah seperti zumba, skipping dan me… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Power mata rabun yang berbeza Setelah saya berumur 20 tahun, saya baru perasan bahawa power mata saya di sebelah kanan 3.++ Berbanding kiri 1.5. adakah saya boleh membuat cermin mata di kedai biasa atau perlu rujuk ke doc un… Baca lagi...
18 hari
Sulit
Masalah bekas jerawat Bagaimana cara untuk pudarkan bekas jerawat? Baca lagi...
37 jam
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15