
Sulit
5 tahun
Demam on off…tiada selsema…batuk kadang²
Saya wanita berumur 28thn…sejak 2 3 hari ni demam sy on off…bila sy telan panadol demam kebah pd keesokan hari tp hari ni demam semula…makan pun tak berselera…adakah di sebabkan perubahan hormon sebelum dtg period atau disebabkan penyakit lain? Mohon penjelasan doktor…tq

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah demam sebegitu boleh disebabkan oleh:
- Perubahan hormon
- Demam denggi
- Demam malaria
- Jangkitan leptospirosis
- Jangkitan tifoid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.