Sulit
2 tahun
Denggi atau Covid 19?
Saya mengalami demam panas,kelesuan,sakit sendi,sakit kepala untuk 2 hari. Suhu demam saya cecah 39. Average dalam lingkungan 38-39. Jika hanya waktu saya ambil ubat demam suhu akan susut sementara dalam lingkungan 37. Saya telah melakukan self covid test sebanyak 2 kali dan swab test RTK, semua keputusan adalah negatif. Perlu ke saya buat PCR atau check darah untuk status denggi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya jangkitan dengue, jangkitan influenza, penyakit leptospirosis, malaria dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut seperti ujian darah. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.