
Sulit
5 tahun
Denggi berkenaan yang tidak faham
doctor, saya baru dapat result denggi saya. saya masih tidak faham penerangan yang diberi. result IgG saya adalah positif, manakala result IgM saya adalah negatif, adakah saya dikira recent denggi atau bukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak boleh mengulas tentang keputusan laporan kesihatan anda tanpa maklumat lengkap. Walaubagaimanapun, keputusan yang anda beri setakat ini menyatakan bahawa anda telah mendapat jangkitan denggi pada masa lampau dan bukan terkini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.