
Sulit
4 tahun
Depression dan emosi sering berubah
Assalamualaikum doktar… saya berumur 19 tahun… saya nak tanya kenapa emosi saya sering berubah2… kalau saya main phone chat nga kawan saya ok n happy jer… tapi bila dengan family saya depan mata even diorang lalu jer emosi saya berubah… mulalah negative thoughts dan irritability tuh ada… kalau ada time mak saya cakap sesuatu yang boleh buat saya mudah tersinggung (mak saya ada cakap kenapa senyap tak bercakap berbulan2 nati tak berkat hidup)… mulalah nangis sorang2, mintak nga Allah nak mati, rasa hopeless sangat2, nak lari rumah, nak marah, rasa macam tak berguna… kadang2 kalau ada orang ketuk pintu rumah pun saya tak nak layan… saya rasa masa depan saya dah hancur… saya dah x bercakap dgn family berbulan2 dah doktar… saya rasa family saya pun tak faham keaadaan saya, yang mak saya cakap saya nih terlebih perasaan lah masuk hantu lah…saya depressed doktar… saya sakit apa doktar dan normal ke emosi saya setiap hari berubah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumussalam. Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda di ruangan soalan, kami memahami kerisauan terhadap emosi anda yang berubah-ubah. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Ini hanyalah pandangan kami secara am. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk menjawab soalan anda, ia adalah normal untuk berubah emosi pada masa-masa tertentu tetapi ia tidak normal sekiranya emosi tersebut mengganggu fikiran anda dan mengganggu aktiviti harian anda.
Antara sebab mengapa seseorang mengalami perubahan emosi atau mood:
- Tekanan hidup
- Masalah terhadap persekitaran atau orang sekeliling
- Penyakit bipolar
- Gelisah atau anxiety
- Kemurungan ataupun depression
- Masalah personaliti
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan atau kaunseling dapat diberikan kepada anda.
Buat masa ini, ini antara perkara yang anda boleh lakukan:
- Membuat aktiviti yang anda suka untuk mengekalkan mood ceria
- Bersukan dan beriadah
- Meluahkan perasaan kepada orang yang anda percaya
- Meluangkan masa bersama orang yang sentiasa memberikan aura positif kepada anda
Jika anda mempunyai kecenderungan untuk menyakiti diri ataupun membunuh diri, anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda. Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) dan doktor kami akan membantu anda secara peribadi di atas talian. Terima kasih.