Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Digigit dan dicakar oleh kucing yang menghidapi sporotrichosis

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: November 25, 2020 6:53 AM

Sulit 53 hari

Saya telah digigit dan dicakar pada kaki kanan oleh kucing saya yang mempunyai penyakit sporo pada 21 November 2020. Setelah kejadian berlaku, saya terus ke Jabatan Kecemasan Hospital Kampar dan telah diberikan suntikan Tetanus dan antibiotik ( Unasyn sultamicilin) untuk tempoh 5 hari ( 2 biji sehari). Doktor menasihati untuk sentiasa pantau luka tersebut. Pada hari ke-5, luka cakar mulai kering tetapi luka pada kawasan gigitan masih berdarah sedikit dan Selepas 5 hari, antibiotik habis dan apa tindakan susulan yang perlu dilakukan ? Berdasarkan pembacaan, simptom dijangkiti sporo apabila muncul benjolan yang mempunyai nanah selepas 1 ke 2 bulan.

Kucing telah didiagnosis menghidapi sporo pada 5 September dan telah diberikan Itraconazole Sporanox 1/2 kapsule setiap hari. Keadaan fizikal kucing telah pulih dari luka dan nanah namun pengambilan ubat Sporanox masih diteruskan.

Dr Sri Viknarajan 53 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.

Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.

Secara umumnya, rawatan luka sememangnya memakan waktu yang agak lama (tergantung keluasan luka). Walaupun ia mungkin dianggap leceh bagi sesetengah pihak, rawatan seperti ini adalah untuk memastikan:

  • luka sembuh dengan sempurna
  • meminimalkan kesan sampingan luka (i.e. parut)
  • mengelakkan dari jangkitan kuman

Oleh itu, saya menyarankan anda untuk bertemu doktor atau hospital yang merawat anda kembali agar mereka dapat mengenal pasti sejauh mana nanah tersebut boleh menggangu penyembuhan luka anda.

Buat masa ini anda boleh cuba:

  • tingkatkan pemakanan tinggi zat protein (i.e. telur, ayam, ikan, susu, dll.)
  • kurangkan bersentuhan dengan kawasan luka
  • pastikan tangan dan barang-barang yang bersentuhan dengan luka betul-betul bersih
  • digalakkan mencuci luka menggunakan air mineral (untuk menjamin kebersihan air)
  • kurangkan pergerakan yang boleh mengganggu penyembuhan luka

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.

Dikemaskini pada: Wed Nov 25 2020 06:53:06 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kulit tentang penyakit kulit secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Muncul beberapa benjolan kecil sebesar jerawat di bahagian punggung saya tidak pasti ia adalah jerawat biasa ataupun bisul kerana ia kecil kecil seperti jerawat dan tumbuh lebih daripada satu dalam masa yg sama. Kalau duduk, ia agak menyakitkan tetapi buat masa … Baca lagi...
38 jam
Sulit
Masalah panau di leher sayaaa Salam sejahtera.saya nk tanya.saya ada tompokkan atau istilahnya panau di leher .pelbagai ubat saya dh pakai tp tk hilang.bagaimana cara nak mengatasi.tq Baca lagi...
7 hari
Sulit
Muka berlebihan bulu akibat shave 3-4 kali. Terutama di bahagian misai saya akan mencukur Saya wanita berumur 16 tahun, saya ada masalah berkaitan bulu berlebihan di tubuh badan saya… Saya diganggu di sekolah kerana saya dianggap tidak normal disebankn bulu berlebihan… Saya boleh jad… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Masalah parut chicken pox yang berlubang Saya pernah mengalami masalah chicken pox tiga tahun yang lalu dan meninggalkan parut berlubang. Apakah rawatan yang sesuai dilakukan untuk menghilangkan parut lubang itu? Baca lagi...
9 hari
Sulit
Ketulan seperti jerawat saya wanita berumur 23 tahun dan mengalami ketulan seperti jerawat dan sakit apabila ditekan. hampir sebulan bengkak pada ketulan itu tidak surut. mungkinkah ia nya jerawat badan jenis cyst atau… Baca lagi...
8 hari