Sulit
2 tahun
Doakan saya adalah terdapat benjolan kecil Di celah kelangkang
Saya seoranf wanita yang berusia 33 tahun. Saya baru terasa Ada benjolan kecil Di sebelah kiri kelengkang saya. Bila saya tekan dia tidak rasa sakit, cuma saya risau kenapa tiba-tiba dia muncul. Apakah tanda benjolan itu membahayakan diri Dan kesihatan saya. Tolong saya doctor.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami memahami masalah anda tentang benjolan yang muncul di sebelah kiri kelengkang anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini
Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Foliculitis
- Cyst/Kista
Namun terdapat juga perkara yang serius dan memerlukan pemerhatian daripada doktor seperti:
- Kelenjar bengkak
- Kelenjar limfa membengkak
- Nanah akibat jangkitan
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih