
fallienero
2 tahun
Drug of eruption doxycycline
Saya mengalami drug of eruption disebabkan pengambilan ubat antibiotik doxycycline yang telah diberi oleh klinik.
Oleh itu saya kena kesan sampingan ubat berkenaan di tapak kaki, bahagian kemaluan dan di bibir. Seolah-olah kulit rapuh terbakar dan di kaki macam lebam.
Apakah ubat dan cream sapu terbaik bagi masalah ini untuk mempercepatkan proses pulih kulit berkenaan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda disarankan untuk berjumpa semula dengan doktor yang memberikan ubat tersebut kepada anda agar langkah yang wajar boleh diambil seperti merekod reaksi ubat tersebut dalam rekod kesihatan anda (hal ini penting kerana jika anda dimasukkan kedalam hospital dan pihak hospital memberi ubat ini kepada anda dan menyebabkan reaksi yang lebih teruk, maka ia boleh membahayakan nyawa anda) serta menukar kepada antibiotik yang lain. Sekiranya perlu, maka ubat sapuan mungkin akan diberikan untuk merawat gejala yang anda alami. Sekian