
Sulit
3 tahun
Dua kali haid dalam sebulan
Hai sy wanita umur 35 tahun …pada 9hb sy telah dtg haid selama 6hr sehingga.selepas haid sy hanya sekali sahaja bersama suami tp tidak pancut dalam tetapi pada 25hb oct sy keluar darah haid coklat cair dan sedikit ketulan darah…ada ka ni normal ?..sy cuma sakit ari2 sahaja tiada simptom lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami spotting darah ketulan walaupun kitaran haid anda belum patutnya tiba pada waktu serta sakir pada ari-ari. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, spotting boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan disebabkan oleh implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Berikut merupakan penyebab umum kepada masalah spotting anda.Kami tidak dapat memberikan diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor atau pakar sakit puan kami bagi rawatan lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan