Sulit
3 tahun
Echo jantung sakit x?
Saya nak tanya saya ade masalah bila waktu pagi saya berjalan sikit je dh mengah² ,susah bernafas pun kadang ade…selalu juga sendawa. saya disarankan doktor tok pergi ke hospital buat echo jantung dan juga xray.saya tgk di Google terdapat 3jenis. Echo jantung yg mana sesuai tok saya?sakit x?harap jantung saya baik2 je.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Tuberkulosis
- Paru-paru berair
- Refluks asid atau GERD
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sesak nafas boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Berkenaan prosedur echocardiogram, ia terdapat pelbagai jenis ujian echocardiogram. Ia bergantung kepada doktor yang memeriksa anda. Bagi menjawab soalan keduia anda, ujian echocardiogram tidak menyebabkan kesakitan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.