Sulit

2 tahun

Eg :Penyakit Kelamin

Hi doctor , saya perempuan yang berusia 22tahun . Saya mempunyai pasangan . Kami berhubungan sex dan pasangan saya, kemaluan mengeluarkan nanah dan saya pulak , kemaluan gatal gatal ( terlalu gatal ) , mengeluarkan bau yang sangat kuat , dan sejenis yis . saya dah pergi klinik pakar puan , dan dapati saya ada pcos . klinik bagi ubat pecah darah untuk mengeluarkan darah . bila dah period , selesai je period , saya mula start balik . any advice for me ? adakah saya kena penyakit ? doctor please help me

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, Keputihan bagi kaum wanita bukanlah suatu fenomena yang asing dalam kehidupan seharian mereka. Keputihan atau dikenali sebagai “leucorrhea” ialah cecair atau lendir yang keluar dari faraj wanita. Cecair atau lendir ini adalah nipis, tidak berwarna atau putih susu, dan berbau ringan. Lelehan lendir berlebihan yang keluar dari pangkal rahim ini merupakan bakteria normal dari faraj, sisa buangan dari rahim dan faraj, dan sel-sel yang telah mati dari dinding faraj.

Keputihan berfungsi untuk :

  • Bertindak sebagai pencuci semulajadi dalam membasmi bakteria-bakteria yang tidak diingini supaya dilindungi daripada jangkitan dan iritasi. Mengimbangkan pH dan bakteria semulajadi (normal flora) di sekeliling faraj wanita.
  • Jikalau pH faraj menjadi tidak seimbang, maka ianya mudah bagi bakteria atau kulat untuk menjangkiti faraj menyebabkan pertukaran warna, ketul-ketulan dan bau yang amat tidak menyenangkan kepada keputihan.

Keputihan yang normal dikenali sebagai keputihan fisiologi manakala keputihan yang bermasalah ialah keputihan patologi.

  • Keputihan normal (keputihan fisiologi)
    Keputihan normal biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit. Lelehan lendir normal sering berlaku semasa seseorang wanita itu mengalami kesuburan dan sebelum bermulanya kitaran haid. Ia berwarna putih susu, tidak berbau serta tidak mendatangkan gatal di kemaluan wanita. Cecair lendir yang dikeluarkan adalah sedikit.
  • Keputihan bermasalah (keputihan patologi)
    Manakala, keputihan yang bermasalah (keputihan patologi) yang disebabkan oleh jangkitan kuman, menunjukkan petanda penyakit seperti lelehan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan gatal di sekitar kemaluan dan selangkangan.
    Jangkitan kuman menjadi penyebab utama gatal pada kemaluan wanita remaja dan gatal pada kemaluan saat hamil. pH pada bahagian faraj wanita tidak seimbang semasa kehamilan dan secara tidak langsung ramai wanita berdepan dengan masalah keputihan saat hamil. Antara mikroorganisma yang menyebabkan keputihan bermasalah ialah Gardnerella vaginalis (bakteria), Trichomonas vaginalis (parasit), Candida albicans (kulat) dan lain-lain lagi.

Untuk masalah anda, kemungkinan besar anda dijangkiti bakteria di kemaluan dan menyebabkan gatal di kemaluan. Sekiranya anda mengalami keputihan bermasalah diikuti dengan gatal di kemaluan wanita, terdapat beberapa cara mengatasi gatal pada kemaluan akibat keputihan.

  • Bagi mengelakkan keputihan berjangkit, wanita harus memastikan kemaluan sentiasa bersih dan kering selepas membuang air kecil atau besar.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj (“douching”) yang menganggu kestabilan pH atau menyebabkan kegatalan.
  • Menjadikan amalan untuk menukar atau mengganti tuala wanita (pad) semasa haid (period). Gunakan pelapik seluar dalam “panty liner” pada saat yang diperlukan sahaja. Menjadikan amalan untuk sering menukar pelapik seluar dalam. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Memperbanyakkan minum air bagi badan anda sentiasa sihat dan mampu mengawal jangkitan bakteria di faraj.
  • Elakkan penggunaan bahan wangian seperti bedak pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dengan tekanan yang kurang dan buang air kecil selepas aktiviti seks.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

perempuan%203

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)