
Sulit
5 tahun
Ejakulasi berlaku dengan sendiri
Hello doc,
Saya berusia dlm lingkungan 25-an… saya ada beberapa soalan nak tanya.
- Normal ke bila dlm keadaan cemas/panik, kita akan terejakulasi sendiri? Contoh: saya x sempat habis jawab soalan peperiksaan, masa sudah tamat, saya panik dan terejakulasi…normal ke? Bagaimana boleh berlaku?
2)bila ejakulasi, saya akan rasa sakit apabila air mani keluar? Mmg akan ada rasa sakit ke? Atau disebabkan tekanan yg tinggi semasa ingin ejakulasi?
selepas ejakulasi, kita akan akan nak kencing ke? Sbb mmg lepas ejakulasi, 5 minit kemudian saya akan kencing.
bila saya main game bola, apabila jaringkan gol di pc, saya akan terangsang…kenapa ya?
5)normal ke semasa mimpi basah, saya akan terus terjaga sedangkan mimpi baru mula dan saya terpancut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah terkeluar air mani tanpa rangsangan seksual boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mimpi basah atau nocturnal emission
- Kesan sampingan ubat seperti ubat kemurungan
- Masalah kelenjar prostate
- Masalah saraf
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.