Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ejakulasi pramatang @ pancut awal

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Julai 14, 2020 2:18 AM

Sulit 28 hari

Saya lelaki berumur 20 tahun. Saya kerap onani (2-3 kali sebulan). Saya perasan yang saya semakin cepat pancut dlm linkungan 5 minit.
Adakah saya mngalami ejakulasi pramatng?
Boleh dr syorkan ubat farmasi atau alternatif bagi melambatkan pancut ini?
Or i should do senaman kergel and latihan mula-henti itu?

Dr Sashini Seeni 27 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ejakulasi pramatang boleh berlaku dan bukan perkara yang harus dirisaukan jika tidak kerap berlaku. Namun, anda harus tahu punca ejakulasi pramatang boleh berlaku seperti:

  1. Faktor Psikologi
  • Pengalaman seksual yang awal
  • Gangguan/deraan seksual
  • Rasa rendah diri dengan imej badan
  • Kemurungan
  • Risau akan ejakulasi awal
  • Rasa bersalah semasa melakukan aktiviti seksual
  1. Faktor biologi
  • Tahap hormon yang tidak normal
  • Tahap neurotrasnmitter yang tidak normal
  • Keradanagan atau jangkitan di urethra
  • Mewarisi sifat

Anda mungkin didiagnos dengan ejakulasi pramatang jika anda:

  • Sering mencapai ejakulasi dalam masa 1 minit
  • Anda tidak dapat mengawal ejakulasi untuk melambatkannya setiap masa
  • Anda rasa tertekan dan kecewa lalu mengelakkan aktiviti seksual

Anda tidak digalakkan untuk menggunakan apa-apa ubatan kerana anda belum berkahwin dan belum ingin mempunyai zuriat. Anda boleh melakukan senaman pelvis untuk menguatkan bahagian pelvis anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda boleh juga mendapatkan pendapat doktor pakar urologi (Urologist) melalui link ini (specialist booking). Seorang pakar urologi arif dalam bidang berkenaan sistem reproduktif lelaki dan masal-masalah yang boleh timbul dan kesihatan seksual lelaki. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jul 14 2020 02:18:54 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Ejakulasi Pramatang dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Pramatang ejekulasi (pancut awal) Saya 23 tahun dan saya ada masalah pancut awal disebabkan tabiat onani pada awal usia … bagaimanakah cara untuk merawatinya? Baca lagi...
6 bulan
Sulit
Terpancut sebaik saja menusuk faraj isteri Assalam… Sy serinf mengalami pancut sebaik saja menusuk ke dalam faraj isteri saya… Pabila sy nak main utk kali kedua, zakar sy sukar untuk mengeras semula… Apa yg harus sy lakukan…? Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Lemah Tenaga Batin Dan pancutan awal Saya lelaki berusia 35 Tahun… Boley cadangkan ubat utk pulihkan tenaga batin Saya Dan Dan cepat pancut. Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Saya mengalami masalah Premature ejaculation Hi. Saya lelaki berumur 23 thn. Sye merasakan bahawa saya mengalai masalaha premature ejaculation. Apekahaubat utk masalah ini Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Ingin bertanya tentang ubat Priligy Doktor ada bagi sy ubat Priligy… Jadi bolehkah sy makan tanpa melakukan hubungan seks kerana sy dan bini duduk berjauhan buat masa skrng… Baca lagi...
3 bulan
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >