ahmadsyukri583
4 tahun
Ejakulasi secara tiba-tiba paada waktu tengah malam
Hi,saya berumur 16 tahun,sejak dari tingkatan 1 saya sering melakukan onani,tetapi pada tingkatan 3 pada hujung tahun saya sudah berhenti onani,semasa saya tidur sering terjaga pagi-pagi buta kerana ejakulasi berlaku tanpa sebab saya sudah berhenti onani dan apakah solusi yang perlu saya buat selepas ini.boleh saya tau puncanya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu masturbasi ataupun onani. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai cara untuk berhenti daripada tabiat onani ini. Buat masa sekarang lakukan aktiviti berikut untuk mengalihkan perhatian anda daripada kegiatan masturbasi/onani :
- Riadah atau aktiviti sukan secara berkala
- Lakukan aktiviti sosial bersama rakan dan keluarga
- Makan makanan seimbang
- Pratikkan aktiviti keagamaan
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

































