
Sulit
5 tahun
Emosi saya terganggu sejak sebln ni.. kencing pun sgt kerap
Pada bulan ni sya trlalu beremosi dn berasa sgt2 letih…dblm ni sya ada berasa loya… tpi dah ok skeg sya cma merasa letih dn emosi sya sgt2 terganggu… Skrg dah strt sjit2 blkng dn pinggang… Adakah pertanda sya hamil… tetapi period sya blm smpai dte lgi… period sya 12 hb sgt tergagu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, terdapat kemungkinan bahawa gejala yang anda alami adalah tanda-tanda kehamilan. Antara tanda-tanda kehamilan adalah:
Haid Lewat Atau Tidak Datang Haid
Mual Loya Atau Muntah
Saiz Payudara Membesar Dan Payudara Menjadi Lebih Sensitif
Kerap Kencing
Deria Bau Lebih Sensitif
Pendarahan kecil (pendarahan implantasi
Keputihan
Perubahan selera makan
Keletihan
Akan tetapi, untuk memastikan sekiranya anda hamil atau tidak, amat disarankan untuk anda melakukan ujian kehamilan melalui air kencing (UPT). Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.