
Sulit
3 tahun
Emosi terganggu dan rs tertekan
Opismate lelaki sy tahu sy search perkara 18sx.Ape yg perlu saya lakukan?bagaimana sy nak berdepan dgn opismate lelaki tersebut?dia tahu sbb sy ad mntk tlg dia setting bnda kt phone.dan dia bkk google,naik history yg sy search.opismate tu xde ckp ape2 tp yg pasti dia dh tahu.Sy google perkara 18sx tu sbb nk tahu dan sy akn berkahwin.disebabkan malu nk tnya org jadi sy search.apa harus saya lakukan skrg?perlu ke sy berdepan dgn dia dan crta yg btol atau diamkan saja.saya sgt buntu dan malu.setiap kli tringt hal ni sy akn rs tertekan dan tdk tenang.tlg bg nsht utk sy.sy xthu mcm mn sy nk berdepn dgn dia di opis.apa harus sy lakukan utk selesai keadaan ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan bagaimana untuk berhadapan dengan rakan sekerja anda yang mengetahui anda melakukan carian 18sx. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, laman ini adalah untuk pertanyaan kesihatan. Masalah yang anda hadapi adalah lebih berkaitan dengan interaksi sosial.
Namun begitu, kami faham anda mungkin merasa malu dan tertekan dengan situasi ini. Memandangkan rakan sekerja anda tidak pun berkata apa-apa atau melakukan apa-apa yang menjejaskan anda, anda boleh mengambil sisi positif kerana rakan ini mungkin sedang cuba menjaga atau merahsiakan perkara ini dan untuk tidak memalukan anda. Oleh itu adalah baik jika perkara ini dilupakan.
Anda boleh mendapatkan khidmat kauseling sekiranya perlu. Hubungi kami untuk konsultasi atas talian sekiranya anda memerlukan nasihat tentang kesihatan.
Harap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.