
Sulit
3 tahun
Faraj berdarah banyak kali apabila melakukan sex
semasa kami melakukan sex pada kali pertama , saya terasa sangat sakit kan dapati faraj saya berdarah lalu kami berhenti lakukannya . ianya adalah pecah dara kan ? pendarahan berhenti selama 3-4 hari dan kami melakukan sex semua pada bulan hadapannya . akan tetapi , faraj saya masih berdarah dan sakit lalu kami berhenti melakukannya lagi . kenapa perkara ini berlaku ? dan bagaimana untuk saya dan suami saya melakukan sex seperti pasangan lain ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami kesakitan dan pendarahan pada faraj setiap kali melakukan hubungan intim. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, keadaan anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Berikut merupakan kemungkinan penyebab umum kepada masalah anda.Kami tidak dapat memberikan diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor atau pakar sakit puan kami bagi rawatan lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan