eykafauzi90
4 tahun
Fatigue - Terlalu Letih
Saya mengalami fatigue yg teruk walaupun cukup tidur dan rehat. Kadang-kadang rasa letih tu menyebabkan saya tidak boleh tidur atau tidur telalu lama. Saya mengalami tekanan hidup sebelum ini dan telah membuat ujian DASS secara online dan result agak teruk, akan tetapi saya tidak pernah pergi ke mana2 klinik atau hospital untuk rawatan selanjutnya. Adakah keadaan fatigue ini salah satu tanda depression, dan bagaimana untuk saya hilangkan fatigue ini. Thank you.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah depressi mempunyai pelbagai simptom seperti:
• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti
lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
• Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
• Perasaan bersalah
• Rasa diri tidak berguna
• Gangguan tidur (bangun terlalu awal atau berlebihan tidur)
• Hilang selera makan dan penurunan berat badan
• Mempunyai pemikiran untuk mengambil nyawa sendiri atau pernah mencuba untuk mengambil nyawa sendiri
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah
• Kurang daya tumpuan dan ingatan
• Sukar membuat keputusan
• Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan
gangguan penghadaman
• Kurang nafsu seksual
• Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
• Mudah cemas atau fobia
Namun, masalah terlalu letih ini boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain seperti:
- kurang sel darah merah (anemia)
- hypotiroidisme
- penggunaan ubat yang mempunyai kesan sampingan keletihan
- masalah jantung atau paru-paru
- diet yang kurang sihat
- kurang bersenam
- masalah tidur
Sebaiknya anda ke klinik pakar psikiatri untuk mendapat diagnosis yang tepat supaya rawatan yang sesuai boleh diberi untuk membantu anda .
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.