Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Fibrosisi dan bacaan LDH tinggi

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Ogos 21, 2020 8:44 AM

Sulit 59 hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
saya sering mengalami masalah apabila tarik nafas, dada sebelah kiri bawah tiba-tiba sakit. kadang-kanag saya langsung tak boleh nak tarik nafas akibat dari sakit tu. saya ada buat bloodtest di private hospital, result darah saya tinggi pada bacaan LDH 1390, sy juga ada buat x-ray, dan ada fibrosis pada paru2 kiri bahagian bawah. doc ada bg appoinment baru utk blood test semula. tp saya tak pergi smpai skrg. adakah fibrosis merbahaya? bacaan LDH tu untuk apa ya?

sekian,terima kasih doktor

Dr Sashini Seeni 59 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, LDh atau lactate dehydrogenase merupakan enzim yang boleh ditemui dalam pelbagai tisu dalam badan anda termasuk darah, jantung. ginjal, paru-paru dan otak. Apabila berlakunya kerosakan atau penyakit di dalam tisu-tisu ini, tahap LDH anda akan meningkat. Fibrosis paru-paru merupakan keadaan di mana tisu dalam paru-paru mengalami kerosakan lalu menjadi parut. Parut ini yang tebal dan kaku akan menyebabkan paru-paru anda sukar untuk berfungsi dengan cekap. Semakin fibrosis ini berleluasa, anda akan semakin sukar untuk bernafas. Keadaan paru-paru ini tiada penawar tetapi ada ubat-ubatan dan rawatan yang boleh dilakukan untuk memastikan kualiti hidup anda masih baik. Punca fibrosis paru-paru adalah seperti:

  • Faktor pekerjaan atau persekitaran seperti pendedahan kepada silika, asbestos, logam keras, arang, bijirin dan sisa kumbahan burung atau haiwan lain.
  • Sejarah rawatan radiaterapi ke bahagian dada
  • Ubat-ubatan- ubat kemoterapi, ubat jantung, beberap jenis antibiotik, ubat anti-keradangan.
  • Kesan penyakit lain seperti jangkitan paru-paru, sarcoidosis, masalah tisu penghubung dan sebagainya.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda kembali untuk mengesahkan diagnosis tersebut dan berbincang tentang rawatan yang boleh anda ambil untuk mengekalkan kualiti hidup anda. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Aug 21 2020 08:44:17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Respiratori tentang sesak nafas secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sesak / Susah Bernafas & Kebas Seluruh Badan Berikut adalah maklumat tentang saya. Lelaki/28thn/170cm/96.5kg/Perokok. Saya mempunyai masalah sesak/susah bernafas sejak Januari 2020. Saya perlu menarik nafas yang dalam dan dalam keadaan ya… Baca lagi...
5 hari
Sulit
Semput dah putus nfas Saya asyraf umur33thn sering terhenti nafas masa hendak melelapkan mata…seblom hendak terlena dan kadang2 semput mcm singkt nafas…skrng dah 3 4 hari dah jari ank kaki kebas Baca lagi...
7 hari
Sulit
Rasa tak puas bernafas Saya berumur 26 tahun , ada masalah resdung tapi tak kronik . Sebelum ni saya pernah rasa macam hidung tersumbat dan refer pada pakar dan ambik rawatan selama beberapa bulan dan pulih sedia sepe… Baca lagi...
31 hari
Sulit
Kerap panas dalam dan sukar bernafas sya ana brumur 25thun sda brkhwin dan mpunyai 2orng ank.masalah sya doktor adalh kerap panas dalam dan di sbb kn itu saya sering alami sakit yg berkaitan dngan panas dlm contoh tonsil bengkak,b… Baca lagi...
27 hari
Sulit
Nafas pendek/termengah/cepat lelah Saya perempuan berusia 23 tahun. Saya mempunyai masalah nafas pendek sejak mula perintah berkurung PKP. Masalah ini saya telah hadapi tahun lepas tapi hanya sekejap. Saya mengagak ini berpunya d… Baca lagi...
34 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!