Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Flu, itchy eyes, diarrhoea

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 25, 2020 3:18 AM

Sulit 49 hari

Adakah gejala di atas symptom Covid19? Apakah yang perlu saya lakukan. Boleh kah sekadar ke klinik biasa untuk rawatan normal

Dr Sashini Seeni 49 hari
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.

Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Terdapat beberapa kes positif COVID-19 yang melaporkan simptom cirit-birit. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:

Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh

Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi dahulu gejala anda serta melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
  • Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.

Anda boleh ke klinik terdekat untuk membuat pemeriksaan sekiranya berisiko rendah setela mengambil quiz di atas.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 25 2020 03:18:47 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Covid19 - kebingungan Hi, salam sejahtera doktor. Saya cuma nak tanya pendapat. Saya berumur 25 tahun. Baru baru ini saya ada terima barang daripada shanghai china (shopee) penghantaran dari china pada 9/5/2020 d… Baca lagi...
48 hari
Sulit
Demam pada suhu 38.9°c Saya demam lebih 37.5°c iaitu 38.7°c, saya tak pernah ke luar negara, saya juga tidak ada contact rapat dengan pesakit yg sah covid-19 dan tabligh. Tiada sakit tekak, atau sesak nafas. Cuma ada … Baca lagi...
44 hari
Sulit
Pertanyaan tentang covid Hello Doctor, sebulan lepas ayah saya disahkan positif covid dan dirawat di hospital selama 2 minggu. Semantara itu saya menjalani saringan kerana kontak rapat dengan ayah saya sebanyak 2 kali d… Baca lagi...
32 hari
Sulit
Cobid 19.apakah perbezaan blood test dan swab test Salam sejahtera doc . Saya nak tanya perbezaan blood test dan swab test bagi menentukan covid 19. Baru-baru ini ibu saudara saya perlu melakukan pembedahan membuang katarak mata dan perlu melak… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Buat Saringan untuk convid19 Haii…nak tanya…kalau saya nak buat saringan…pihak klinik/hospital akan buat apa ya? Procedure utk buat saringan tu nanti dia ada tanya ttg hal pribadi tak? And kalau saya pernah bersetubuh tp xm… Baca lagi...
47 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi