
Sulit
3 tahun
Folic acid & back pain
Saya wanita yang berusia 24 tahun dan baru berkahwin seminggu lalu. Masa sekolah dulu saya disahkan saya ada “back lower pain” dan masalah saraf. Akibat jatuh dari katil double decker. Adakah selamat untuk saya makan folic acid? Ada apa apa kesankah jika saya ada sejarah back lower pain dan juga saraf ? Masa period , boleh kah untuk saya makan atau perlu stop ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan pengambilan supplement folik asid. Kami akan cuba memberi penerangan kepada anda.
Untuk makluman anda, folik asid adalah suplement. Ia adalah sejenis zat yang dipanggil folate atau vitamin B-9 dalam bentuk asalnya. Ia membantu membina sel darah merah serta membina bahan genetik anda. Folate ini boleh didapati dalam makanan seharian anda seperti sayur-sayuran hijau dan sesetengah kekacang.
Suplement ini amat disarankan bagi wanita yang merancang untuk hamil dan boleh diambil walaupun anda mempunyai masalah sakit belakang serta boleh diambil ketika haid.
Sila rujuk kepada doktor jika anda masih raghu-ragu atau mempunyai soalan lanjut. Hubungi kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda.
Terima kasih.