shimaakmaasukri
4 tahun
Folid acid - maltofer fol
Kalau merancang untuk pregnant, sesuai tak amalkan folid acid yang Maltofer Fol Cheweable?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sekiranya anda merancang untuk hamil, pengambilan asid folik adalah digalakkan. Jenama asid folik tidak menjadi masalah kerana yang pentingnya adalah dos tersebut. Hal ini kerana, sekiranya anda mempunyai sejarah keguguran atau masalah ketika hamil dahulu, dos asid folik perlu sedikit tinggi. Untuk mengetahui samada dos asid folik sesuai atau tidak, maklumat tambahan diperlukan. Oleh itu anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan ataupun berhubung dengan farmasi kami. Sekian.