carly.leeryan123
4 tahun
Folliculitis di Miss V
Hai doctor, saya nak tnya, sy dh ke klinik dan doctor sy diagnose saya dengan folliculits tetapi sy lihat tiada puss di bengkak sy dan ianya membesar. Adakah proses penyembuhan memakan masa yang lama
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, proses dan tempoh penyembuhan adalah bergantung kepada individu. Bagi memudahkan proses tersebut, anda disarankan:
- menjaga kebersihan pada kawasan yang terjejas
- tidak memakai seluar dalam yang ketat
- makan makanan yang kaya dengan protein
- mengambil ubat seperti yang ditetapkan oleh doktor anda.
Oleh itu, maklumat lanjut diperlukan bagi mengenalpsti punca sebenar masalah anda. Sila klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.