
Sulit
4 tahun
Fungsi Ubat propranolol
Doktor saya nak tanya saya mengalami masalah jantung berdegup kuat dan laju…Doktor membuat pemeriksaan dan tyroid normal… Doktor memberikan ubat untuk kawal degupan jantung iaitu propranolol tapi ubat ni untuk tekanan darah tingggi… Adakah bagus menggunakan ubat ini untuk mengawal degupan jantung…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat tersebut digunakan untuk pelbagai keadaan. Antaranya adalah seperti:
- Merawat gejala degupan jantung laju
- Mencegah migrain
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Mencegah strok
- Mencegah masalah buah pinggang
Oleh itu, anda tidak perlu gusar untuk menggunakan ubat ini bagi mengawal degupan jantung. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi