Sulit
2 tahun
Gangguan lipan di rumah
Semasa tidur, saya mendapati terdapat sesuatu berjalan di atas kepala. Saya mempunyai fobia terhadap serangga. Saya terus bangun dan mengibas2 rambut saya agak serangga itu jatuh. Saya dapati ianya seekor lipan kecil. Saya terus basuh rambut dengan sabun antabax. Saya tidak merasa sakit dan tidak merasa apa2 perubahan pada badan terutama tempat yang bersentuh dengan lipan itu. Saya tidak pasti adakah saya disengat atau tidak. Apakah gejala disengat lipan? Adakah saya perlu berjumpa doctor? Apakah yg saya perlu buat?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, apabila disengat lipan seseorang boleh mengalami gejala seperti:
- Sakit, kemerahan dan bengkak di kawasan yang disengat
- Mengalami alahan
Saya nasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital dengan segera jika mengalami gejala seperti:
- Demam
- Seram sejuk
- Loya
- Sukar untuk bernafas
- Noda limfa bengkak
- Denyutan jantung rasa kuat
- Gatal
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.