
Sulit
4 tahun
Gangguan Yang Menjejaskan Kehidupan Seharian
Hi doc. Saya masih belajar. Saya selalu mengalami bayangan seseorang datang kepada saya, dengar suara2 memanggil nama saya padahal tiada orang, takut kehilangan seseorang walaupun baru kenal 5 minit dan itu akan menyebabkan saya terfikir bahawa saya bersalah dan rasa bersalah tanpa henti. Selain tu, saya sering marah tanpa sebab, kadang2 makan yang berlebihan dan tidak makan langsung. Saya jugak mudah sayang seseorang yang bauik dengan saya dan sukar lepaskan dia walaupun tidak sukakan saya. Kehidupan saya terganggu hingga saya mula menganggu kehidupan seseorang yang saya mula sayangkan itu. Saya jugak sentiasa ingin bunuh seseorang yang buat saya marah. Saya pun berhalusinasi bahawa kawan2 saya akan buat jahat pada saya. Hubungan saya dan orang sekeliling sering rosak walau dalam 1 hari kenal oleh sifat saya yang sering terasa and marah tanpa sebab. Saya benci keluarga saya, namun saya sayang orang luar yang baik pada saya. Tapi takkan berkekalan kerana saya mudah bosan dan mula cari orang lain. Saya jugak tidak boleh bertindak balas dengan kasih sayang. Mula2 bila saya kenal seseorang itu, saya ingin dia sayang saya. Dan bila dia dah mula sayang saya, saya jijik. Saya jijik dengan kasih sayang dia. Situasi yang sama juga kan berlaku pada orang lain.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- kemurungan (depression)
- tekanan emosi yang teruk
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder )
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder )
- gangguan skizofrenia / perwatakan
- gangguan mental organik
Saya sarankan anda untuk berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambah burukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga atau kawan rapat yang lebih memahami
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.