Sulit
6 tahun
Gangrene pada kaki yang bernanah bercampur darah
Saya adalah seorang first responders dari sebuah Ambulans swasta
Satu hari tu saya dan partner saya kena ambil kes untuk dihantar ke hospital untuk tujuan rawatan susulannya.
Pesakit tersebut mengidap gangrene dibahagian kaki.
Pada kakinya mengeluarkan cacair seperti nanah yang yang bercampur darah dan mengeluarkan bau hamis.
Apakah cecair tersebut boleh menjangkiti sekeliling.dandan apakah langkah langkah terbaik andai kata saya kena attend kes seperti ini…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Secara amnya, cecair nanah tersebut tidak berjangkit namun, bakteria yang menyebabkan gangrene dan nanah itu boleh merebak ke kawasan anggota badan yang lain selagi belum dirawat dan sembuh. Bakteria tersebut juga boleh menjangkiti orang lain melalui sentuhan. Oleh itu, sangat penting untuk anda menggunakan PPE (personal precaution equipment) semasa merawat pesakit begini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































