
Sulit
4 tahun
Gastrik and GERD (pedih ulu hati yang kerap)
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya mengalami gastrik dan GERD yang serius. Sejak kebelakangan ni, saya selalu sakit dada seperti ada orang tekan hanya di bahagian sebelah kanan dada. Saya juga sering mengalami pedih ulu hati sampai tahap saya terpaksa muntah semula makanan yang dimakan supaya lebih selesa untuk tidur. Kadang-kadang saya terjaga pada tengah malam kerana dada saya rasda seperti ditekan pada bahagian sebelah kanan. Adakah ini petanda bahawa gastrik dan GERD saya pada tahap kritikal ? Apa yang saya perlu lakukan Dr ? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Sebaliknya, kemungkinan penyebab gejala yang anda alami dapat terdiri atas beberapa perkara, seperti:
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Hiatal hernia yaitu apabila sebahagian dinding perut terkeluar dan timbul melalui satu lubang
- Ulser perut yaitu luka di lapisan dinding perut
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok atau vape
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.