
Sulit
5 tahun
Gatal bahagian kelamin
Assalamualaikum doktor. Sy nk tnya… Sy PUAN A… Berumur 28thn… kalau gatal semasa tengah melakukan hubungan kelamin… kenapa ya? Tidak pernah sebelum ini berlaku… adakah ini penyakit siflis doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, gejala gatal yang anda hadapi boleh disebabkan oleh:
- Faraj kering
- Tidak cukup pelincir ketika melakukan hubungan seksual
- Radang faraj
- Jangkitan penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.