Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Gatal,berair & melecet sekitar Virgina

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Oktober 10, 2019 1:39 AM

Sulit 9 bulan

Saya wanita late 20’,sejak sebulan lalu,di leher,bahagian tangan di sekitar lipatan tangan & siku,di celah kaki & sekitar luaran virgina saya gatal,merah,berair jika digaru dengan berterusan terutama di bahagian luar virgina menjadi bengkak setelah dilakukan perkara tersebut.Keluarga saya memang ada lelah & ekzema.Dalam adik beradik,cuma saya tidak mengalami penyakit lelah tetapi sekarang saya dapati kegatalan ini datang seperti eksema.saya sering bersin di waktu pagi & sering gatal mata.boleh doctor sarankan pada saya cream yang boleh sembuhkan terutama bahagian luaran virgina saya kerana ia sangat menganggu waktu kerja & terutama sekali waktu tidur saya.terima masih doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 9 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, masalah gatal di bibir faraj boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:

  • Penggunaan estrogen secara ubat makan
  • Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
  • Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
  • Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
  • Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.

Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:

  • Krim antikulat bagi jangkitan kulat
  • Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
  • Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
  • Kerap tukar pakaian dalam anda

Memandangkan gejala ini baru timbul, dikhuatiri dapat menganggu kondisi kulit kemaluan anda secara fungsional mahupun kosmetik. Maka, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Oct 10 2019 01:39:04 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Kulat di Faraj dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
erikafarah97
Keputihan dan gatal gatal Saya wanita 20’an,saya mengalami keputihan selepas bersalin Baca lagi...
7 bulan
Sulit
Gatal pada vagina setiap kali datang bulan saya wanita berumur 20 an dan belum berkahwin. saya mendalati setiap kal datang bulan, vagina akan terasa sangat gatal dan bengkak pada bibir vagina. keadaan iniberlarutan sampai saya sudah sele… Baca lagi...
44 hari
Sulit
Luka di vagina terdapat benjolan2 dan perih terbakar Vagina saya bengkak dan pedas rasa terbakar. semalam saya sapu krim yang diberikan oleh doktor. sekarang sudah petang tapi luka di vagina kering dan keras. saya tidak tahu yang keras itu sisa ub… Baca lagi...
8 bulan
iffakamalludin19
Gatal pada kemaluan hingga darah Salam doctor, doctor maaf ganggu, saya nak tanya, kemaluan saya gatal sgt2, rasa sgt puas bila garu tp pedih bila kena air, saya garu sampai darah… Disebabkan tu, saya cukur bulu kemaluan sampai licin… Baca lagi...
5 bulan
syada1992
Gatal di bibir faraj bolehkah krim candid b disapu di bahagian miss v ketika mengandung?saya mengalami kegatalan tetapi tiada keputihan Baca lagi...
7 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi