Sulit
5 tahun
Gatal dalam telur penis
Saya pernah 2 kali mengalami rasa gatal-2 dalam saluran penis saya dan air mazi keluar tanpa henti semasa gatal. Saya dah dirawat dgn antibiotik semasa kedua-2 rawatan. Darah saya dah diambil dan doktor beritahu saya negatif kesemua penyakit berkaitan gonorhea, herpes, sifilis dan semua yang berkaitan. Saya tak mengalami kepala penis bernanah atau kencing nanah. Tapi rasa gatal tu tak berhenti smpai la saya diberikan antibiotik. Doktor kata bakteria biasa melalui penetration dan bukan oral. Selepas beberapa bulan saya sembuh gatal-2 tu kdg-2 datang semula tanpa saya lakukan hubungan seks. Cuma saya lakukan seks oral sahaja. Tapi gatal-2 tu ada juga terasa kdg-2. Saya buntu taktau apa penyakit sebenarnya dan apa yg saya perlu lakukan untuk hilangkan penyakit ini memandangkan saya mahu berkahwin tidak lama lagi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu gatal pada kemaluan. Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Litchin nitidus (keradangan pada bahagian kelamin)
- Candidiasis (disebabkan oleh jangkitan kulat)
- Kudis buta (Scabies)
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.

































