Sulit
2 tahun
Gatal dan hitam di celah paha
Saya lelaki dan berumur 17 tahun…saya ada masalah gatal di celah paha sampai kulit di celah paha menjadi hitam…ada tak ubat atau rawatan yg perlu saya ambil untuk menghilangkannya? Tq in advance
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah gatal di celah paha dan kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah gatal-gatal di area celah paha atau kelengkang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat
- seborrhoic dermatitis akibat sensitiviti bahagian kulit berambut
- contact dermatitis akibat pemakaian seperti bahan pakaian yang tidak menyerap peluh
- candidiasis iaitu jangkitan sejenis kulat
- flexural psoriasis - sejenis penyakit autoimun
Ada pelbagai jenis ubat yang boleh merawat kondisi ini. Anda boleh boleh menghubungi doktor kami atau doktor pakar kulit secara atas talian.
Terima Kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!