
Sulit
4 tahun
Gatal di bikini line dan di permukaan kulit vagina
Saya 38 tahun, plus size. Dah lama saya alami kegatalan di kawasan alat sulit. Tapi saya takde keputihan. Saya perasan masalah ni timbul setelah size badan bertambah. Dulu saya akan rasa gatal lepas cukur tapi sekarang even dah lama bercukur pun masih rasa gatal. Paling parah waktu period, celah kelangkang akan melecet, luka sbb saya garu. Opkos lebih seminggu dlm sebulan akan menderita. Gatal tu basically jadi masa nak mandi balik kerja. Memang menggaru masa mandi. Adakala berlanjutan ke malam. Pernah letak losyen lepas mndi tapi efeknya rasa pedih n terbakar. Boleh advise saya ubat apa yg sy boleh dapatkan difarmasi either makan atau sapu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah gatal.
Untuk makluman anda, saya tidak boleh mengesyorkan mana mana produk untuk mengatasi masalah anda tanpa saya melakukan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu. Untuk masalah sebegini, punca perlu diketahui sebelum merawat, oleh itu saya sangat mengesyorkan anda untuk ke klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan konsultasi lebih terperinci.
Secara amnya, gejala gatal-gatal sebegini boleh disebabkan oleh:
- Alahan kepada fabrik/pad atau lain lain
- Eczema
- Penyakit kulit kronik
- Penyakit berkaitan imuniti
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.