Sulit
3 tahun
Gatal di celah paha/kelengkang
Saya mengalami gatal2 di bahagian celah peha saya dan menyebabkan ia celah peha saya menjadi semakin kehitaman dan kulit seperti merekah… Memang selalu gatal… Saya perlukan info ubat apa yang perlu saya ambil untuk mengatasai masalah ini?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kulit kering
- Ekzema
- Alahan
- Jangkitan Virus
- Urticaria
- Dermatitis kepada bahan kimia
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Saranan kami buat masa ini adalah:
- Menggunakan pelembap di bahagian gatal tersebut untuk mengurangkan rasa gatal
- Membasuh pakaian dan cadar katil dan memastikan ia kering sebelum digunakan
- Menyalin pakaian sekiranya anda berpeluh
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.