Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Gatal dibahagian sulit

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: November 20, 2019 12:56 AM

aizat_97 7 bulan

minggu lepas, terdapat luka pada scrotum saya. kemudian, saya menyapu antiseptic dettol untuk menghindari dari terkena jangkitan. setelah beberapa hari, saya dapati kulit scrotum saya sangat kering. saya berhenti mengunakan antiseptic dan sapu aloe vera keatas kulit saya tetapi terasa pedih. selepas beberapa hari, saya dapati terdapat bintik merah pada alat sulit saya yang bersentuhan dengan scrotum (bahagia bawah). dan bintik itu mula merebak ke kulit peha yang bersentuhan dengan kulit scrotum. pada mulanya tidak gatal, tetapi sekarang, mulai gatal tetapi tidak sakit

Dr Ramzdhan 7 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah gatl-gatal di daerah alat sulit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat
  • seborrhoic dermatitis akibat sensitiviti bahagian kulit berambut
  • contact dermatitis akibat pemakaian seperti bahan pakaian yang tidak menyerap peluh
  • candidiasis iaitu jangkitan sejenis kulat
  • flexural psoriasis - sejenis penyakit autoimun

Harus diketahui bahawa pengubatan untuk masalah ini harus ditangani dengan konsisten. Antara yang digalakkan untuk anda lakukan bagi mengurangkan kejadian ulang kurap di celah kelengkang adalah:

  • Mengurangkan berat badan agar kulit peha tidak bergesel
  • Mengelakkan memakai seluar yang ketat
  • Pastikan bahagian tersebut kering. Kenakan bawahan dari bahan yang menyerap peluh seperti kapas
  • Elakkan berkongsi tuala atau menggunakan tuala yang lembap
  • Jauhi berkongsi pakaian dalam ataupun cadar dan sebagainya

Bagaimanapun, sekiranya penyebab masalah ini tidak diatasi, ia dapat berulang lagi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Nov 20 2019 00:56:00 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Kesan penggunaan losyen scaboma scabies Kulit saya menjadi kering selepas 2 minggu brturut2 memakai losyen scaboma scabies …bila garu sikit dia kluar putih2 seperti kapur …pelembab apa yang sesuai yang boleh saya pakai? Baca lagi...
8 hari
Sulit
Garisan hitam di kuku ibu jari tangan Saya tak igt bila sy start ad garisan hitam di kuku ibu jari tangan sy tp sy rasa da lama jgk dia timbul. Sebelum ni tkde. Dan sy ad google tntg ni. N sume mengaitkan dgn kanser kulit melanom… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Simptom sle without rahes bolehkah seseorang yang mengalami simptom sle but dont have any rashes? adakah semua pesakit sle mengalami simptom red rashes? Baca lagi...
27 hari
Sulit
Ruam/ketuat/jerawat/biji air di tapak kaki saya ingin bertanya adakah seseorang (perempuan) yg tidak pernah melakukan hubungan sulit akan berkemungkinan menghidapi sifilis? camne kalau dia sering melakukan onani? adakah dia akan berisiko… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Mengenai beberapa artikel yang saya baca sebelum ni. Saya rasa saya mempunyai masalah Lipoma pada bahagian punggung kanan dan ciri2 nya sama ada pada saya skrg Jadi, apakah tindakan susulan yang saya perlu ambil ? Bolehkah melakukan pemeriksaan di mana2 hospital kerajaan atau ada klinik khas ? Dan berapa kos yg perlu saya tanggung untuk pembedahan me… Baca lagi...
14 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi