
Florinajal98
5 tahun
Gatal dn tumbuh biji2 air yng berlubang
Salam. Sy baru berumur 22 tahun. Baru2 ni bahagian tapak tangan dn kaki mula tumbuh biji air berlubang dn boleh dilihat jelas dngan mata. Gatal sesangat sampai merebak mnjadi teruk. Sy letak ubat sapu gatal tak berkesan, baru2 ni letak juga ubat fungus since dulu kaki memang pernah kena fungus.
Tapi macam tak berkesan malah jadi lebih gatal. Ada yng memberitahu tu Herpes. Apa pandangan doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Waalaikumsalam. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya memahami kebimbangan anda mengenai masalah kulit gatal pada tapak tangan serta tapak kaki yang sedang anda alami sekarang. Untuk pengetahuan anda terdabat banyak sebab yang boleh menyumbang kepada masalah kulit gatal ini. Herpes boleh jadi salah satu dari penyebab. Namun, antara sebab lain adalah:
Jangkitan kulat
Ekzema
Kurap (ringworm)
Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
Psoriasis
Berikut hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan pada kulit adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas diagnosis yang tepat diperolehi, barulah rawatan yang sesuai dapat diberikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.