
ashida0986
4 tahun
Gatal gatal badan yang berlarutan
Dari peha sehingga badan dipenuhi biji biji gatal. Ciri ciri kecil, berair di dlm nya, gatal…makin lama makin bnyak… Saya nk tnya cream apa yg sesuai? Cream yg berantibiotic or kulat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalan yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai ubat apa yang perlu digunakan oleh anda kerana keadaan kulit anda perlu diperiksa oleh doktor terlebih dahulu kerana rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan:
- Jangkitan kulit disebabkan oleh bakteria, kulat atau virus
- Reaksi ubat
- Gigitan serangga
- Chicken pox
- Bullous phemphigoid
- Alahan terhadap ubat atau bahan lain
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah kulit tersebut. Kami sarankan anda jumpa dengan doktor segera kerana perkara ini memerlukan perhatian.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai situasi anda. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.