Sulit
3 tahun
Gatal-gatal dan biji hitam di muka
Hi, saya gadis berumur 24 tahun. Saya mengalami gatal-gatal di muka lebih kurang sebulan yang lepas. Terdapat biji-biji hitam di muka dan kadang-kadang ianya menjadi gatal. Keadaan tersebut terjadi di sekitar mulut sahaja. Saya rasa keadaan tersebut terjadi akibat penggunaan foundation muka yang telah expired. Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghilangkan biji-biji hitam tersebut? Keadaan tersebut membuatkan saya berasa rimas dan tidak selesa. Berapa lamakah masa untuk saya pulih dari keadaan ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, terdapat beberapa penyebab masalah sedemikian boleh berlaku, antaranya ialah:
- reaksi alahan kepada alat solek
- tahi lalat
- parut luka yang berbekas
- dermatosis papulosa nigra
- kanser kulit
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda digalakkan untuk tidak lagi memakai foundation yang telah luput tarikh demi kesihatan kulit anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jika masalah ini semakin berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Jawapa ini adalah keterangan am tentang masalah ini. Terima kasih
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!