Sulit
3 tahun
Gatal gatal di badan bermula dari peha
Saya 18 tahun, saya nak beli cream gatal tapi tak tahu nak ambil yang antibiotic atau kulat… Saya mengalami masalah gatal. Badan saya dipenuhi biji biji kecil yang berair di dlamnya,gatal sangat sangat… Semakin brtambah hari, Semakin banyak biji biji dan semakin gatal, kawasan yang gatal dikatakan mengalami kekeringan kulit juga
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada badan bermula dari paha. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai penjelasan, antaranya ialah:
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan beserta jangkitan
- Jangkitan kuit
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit auto-imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!