Sulit
5 tahun
Gatal gatal tangan seperti kudis buta
saya telah berjumpa doktor untuk periksa tangan dan badan saya ada bintik bintik merah dan berair seperti kudis buta tetapi doktor suspected hiv adakah saya mempunyai hiv dan apa kah systom hiv sama macam kudis kudis buta padan tangan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, mengenai simptom HIV, sesetengah pesakit HIV atau AIDS mungkin mengalami penyakit seperti selesema dalam masa 2 hingga 4 minggu selepas mendapat jangkitan (Tahap 1 jangkitan HIV). Namun demikian, terdapat juga sesetengah pesakit yang mungkin tidak rasa sakit semasa peringkat ini.
Gejala awal HIV termasuklah:
- Demam dan menggigil
- Ruam
- Berpeluh pada waktu malam
- Sakit kepala
- Cirit-birit
- Sakit otot
- Kelenjar bengkak
- Ulser mulut
Gejala sebegini boleh berlangsung di mana saja dari beberapa hari hingga beberapa minggu. Jika anda mempunyai simptom ini, itu tidak bermakna anda mempunyai HIV. Setiap gejala ini boleh disebabkan oleh penyakit lain. Tetapi jika anda mempunyai simptom-simptom ini selepas pendedahan kepada seseorang yang berpotensi terhadap HIV, berjumpalah dengan doktor segera dan beritahu mereka mengenai risiko anda. Satu-satunya cara untuk menentukan sama ada anda dijangkiti adalah untuk diuji untuk jangkitan HIV.
Mengenai masalah kulit atau gejala seakan kudis buta pada tangan perlu mendapatkan evaluasi / pemeriksaan lanjut sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih


































