
Anonymous
5 tahun
Gatal kulit di bahagian muka dan badan
saya wanita saya berumur 21tahun saya nak tanya kenapa selepas mandi muka dan badan terasa gatal dan bertompok tompok merah ye doktor adakah saya mengalami allergic, ruam atau tak boleh kena air? gatal tu macam merenyam renyam di muka dan badan sahaja kalau selepas mandi then 30minit lepas itu merah merah tompok tu hilang sendiri.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan kulit boleh disebabkan:
- Alahan kepada sabun mandi
- Kulit kering
- Ekzema
- Psoriasis
- Alahan dermatitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.