
Sulit
4 tahun
Gatal kulit di kawasan pelipat
Assalamualaikum Dr./ Salam sejahtera…saya Mar berumur 35tahun mengalami masalah gatal di bahagian keliling ketiak dan celah kelenkang.Saya tidak pasti samada kurap atau jangkitan lain.Macam2 jenis ubat saya sapu.Selepas dia kering tapi masih ada lagi parot tompok Hitam seolah terbakar.Baru2 ini saya ada memakai Sabun tu sangat bagus dalam 3/4 hari da total hilang gatal2 tersebut.Terapi sekarang jadi balik seperti Asal gatal2 kemerah-an.Saya malu untuk pergi ke Klinik Utk membuat pemeriksaan.Berulang2 gatal itu selepas baik Dari sapu sebarang ubat.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
- Lymphadenopathy
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Tiada apa yang perlu dimalukan semasa melakukan pemeriksaan kerana anda akan diperiksa oleh doktor yang profesional yang telah merawat ramai lagi kes yang sama dengan anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.