Sulit
6 tahun
Gatal kulit sehingga meninggalkan parut
Saya wanita yang berumur 23 tahun, saya mengalami gatal gatal kulit sejak setahun yang lalu. Pada awalnya saya rasa gatal kulit yang saya hadapi hanya gatal kulit biasa, namun ianya semakin teruk sehingga menyebabkan kulit kaki saya mengalami parut yang besar. Saya amat risau dan telah berjumpa dengan doktor dan ahli farmasi. Doktor menyarankan supaya saya mengambil pemakanan yang sihat kerana kemungkinan saya alahan pada sesetengah makanan. Ahli farmasi mengatakan saya kemungkinan mengalami ekzema. Saya harap doktor dapat membantu dalam menasihati saya berkenaan masalah yang dihadapi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal yang berterusan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema yaitu mirip alergi atau alahan
- Dermatitis kontak iritan apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan kulit
- Dermatitis kontak alergi apabila seseorang mempunyai alahan kulit terhadap sesuatu bahan
- Psoriasis sejenis penyakit autoimun
- Dishidrotik ekzema sejenis ekzema
Merujuk kepada parut yang anda keluhkan, kemungkinan besar anda mempunyai masalah keloid, yaitu sejenis parut yang timbul. Masalah ini terjadi biasanya akibat keturunan ataupun pada sesetengah pesakit yang mana proses perbaikan luka tidak berjalan dengan baik.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































