
Sulit
4 tahun
Gatal pada celah peha dan payudara
Sya wanita yg berumur 17 thun.sya merasa gatal di bhgian celah peha dan di kawasan payudara. Sya mula mnyedari sya mmpunyai ketulan gatal pda kawasan tersebut. Sya ingt itu adalah perkara biasa tpi ketulan gatal itu sudah melebihi 1 minggu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mengalami masalah sedemikian:
- Contact dermatitis
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
- Pakaian dalam yang kurang bersih
- Bartholin cyst di bahagian kemaluan anda
- Jangkitan kulit di bahagian payudara dan celah peha sama ada berpunca daripada virus, bakteria ataupun kulat
- Skabies
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mengetahui masalah sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Saranan kami buat masa ini adalah:
- Menggunakan pelembap di bahagian gatal tersebut untuk mengurangkan rasa gatal
- Membasuh pakaian dan cadar katil dan memastikan ia kering sebelum digunakan
- Menyalin pakaian sekiranya anda berpeluh
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.