
Sulit
3 tahun
Gatal tiba-tiba timbul
Saya lelaki 20’an. Saya alami gatal-gatal satu badan .Kalau tidak silap Saya…gatal-gatal tu muncul pada bulan 3 sampai sekarang belum sembuh.Tidak tahu sebab apa gatal-gatal tu sendiri timbul…Selama ni sy tidak Ada apa-apa alegic makanan/cuaca…Gatal tu bentuk seperti gigitan nyamuk Dan merah…Sy sudah beejumpa dengan docter.Dan docter bagi suntikan,ubat gatal,cream,dan ubat alegic…Yang teruknya gatal sampai permukaan muka.Gatal ni tak pernah hilang…kalau 1 hari gatal tu hilang besok timbul lagi…Adakah cara untuk sembuhkan gatal-gatal yang Saya alami ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah kegatalan kulit pada seluruh badan sejak bulan 3 yang lalu sehingga mengganggu aktiviti harian anda. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Pakaian yang terlalu ketat
- Masalah peluh
- Kurang penjagaan kebersihan
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Gigitan serangga
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.