
Sulit
5 tahun
Gatal yg teruk di bagian punggung
Sejak2 ini saya mengalami kegatalan yg teruk di bahagian punggung yg amat teruk bagi sy. Kegatalan itu membuatkan saya ingin mengaru dan apabila sy garu guna kuku dan tangan ia semakin merebak ketempat2 lain. Bila smakin teruk gatal itu mula timbul dan berdarah dan apabila kering is jadi kudis. Bagaimana perlu sy atasi, dan ubat apa perlu sy consume

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang gejala kulit gatal pada bahagian badan seperti punggung yang anda alami. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.