
Sulit
3 tahun
Gejala hiv dan timbul ruam di badan berpanjangan
Asalammualaikum doktor…saya seorang berusia 18 tahun dan tidak pernah menlekukan hubungan sex,adakah saya boleh terkena hiv kerana terdapat ruam dibadan saya,saya telah mencuba pelbagai ubat,krim tetapi ruam tersebut sembuh dan muncul kembali

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Walaikumussalam,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, HIV biasanya disebarkan melalui cecair badan apabila mengadakan hubungan kelamin, atau darah. HIV tidak boleh disebarkan melalui air liur. Mungkin anda tidak dijangkiti HIV. Ruam pada badan anda boleh disebabkan oleh perkara lain.
Antaranya :
- Jangkitan kuman pada kulit (dermatitis)
- Jangkitan virus
- Alahan pada kain
- Kebersihan badan yang kurang baik
- Alahan pada produk atau sabun yang digunakan atas badan
- Gigitan serangga
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor pakar kulit supaya masalah anda dapat diatasi dengan rawatan yang bersesuaian. Anda boleh berhubung dengan doktor pakar kulit kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!