
Anonymous
5 tahun
Gigi tampal yang menyebabkan gusi membengkak
Saya ada masalah gigi kerap berlubang namun saya sering kali jugak ke klinik gigi utk rawatan akan tetapi sejak kebelakangan ini masalah gigi berlubang saya yg sudah pun tampal sejak dahulu lagi kini tiba-tiba sakit yg teramat sgt sehingga ganggu saya utk fokus bekerja .hari demi hari gigi saya berasa kebas dan sgt ngilu .yg terbaru saya merasakan gusi saya sudah mula membengkak .lg kerap saya menggosok semakin sakit gigi tampalan saya tu .saya ada pergi ke klinik utk checkup, tetapi saya hanya dpt ubat makan yg tiada apa2 kesan bg saya .Selagi masih boleh diselamatkan gigi saya tu saya seboleh2nya tidak mahu cabut / pakai gigi palsu .boleh doktor tlng cadangkan kepada apa lagi yg perlu saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa langkah bagi mengurangkan kesakitan yang dialami anda seperti berkumur dengan air garam, penggunaan ubat gigi khusus serta mengurangkan makanan bergula dan sejuk. Namun, dengan gejala bengkak gusi yang dialami anda, seharusnya anda berjumpa dengan doktor gigi anda kerana dikhuatiri akan jangkitan mulut/gigi. Hal ini bagi memastikan anda menerima rawatan yang bersesuaian. Sekian.