
zain.azuan49
5 tahun
Gonnorhea , jangkitan dan keluar lendir kuning, hijau dari salur zakar
Saya berumur 51tahun, mempunyai 2 orang isteri akan tetapi sejak 3 bulan ini saya dijangkiti jangkitan penyakit gonnorhea dan telah menerima rawatan di hospital . Untuk pengetahuan, saya sudah memjalani rawatan antibiotik secara suntikan sebanyak 2 kali dan saya juga sudah membawa kedua-dua isteri saya untuk ujian dan keputusannya adalah negative gonnorhea .
Masalah saya sekarang, saya mngalami sakit, kencing tak lawas berkemungkinan kencing kotor serta rasa sakit di pangkal zakar dan rasa sakit diantara dubur dan kantung telur.
Rasa sakit tidaklah berterusan tetapi kadang2 sahaje.
Soalan
Adakah ini simptom untuk gonnorhea akan berulang ?
Apakah tempoh masa jangkitan dari masa saya sudah menerima suntikan antibiotik gonnorhea?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan encik, encik berisiko tinggi untuk mengidap penyakit kelamin akibat tabiat aktiviti seksual tanpa perlindungan. Namun begitu, rawatan hanya boleh diberi setelah mengenalpasti punca organisma penyakit kelamin tersebut. Antaranya adalah:
Jangkitan bakteria
- Chlamydia: Penyakit ini ialah salah satu penyakit kelamin yang paling biasa dijumpai di Malaysia. Antara komplikasinya yang paling serius ialah penyakit radang pelvis atau pelvic inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Jangkitan chlamydia mudah berlaku melaui hubungan kelamin tanpa perlindungan dan jangkitan ini berlaku empat kali ganda lebih kerap berbanding dengan penyakit gonorrhea. Bayi yang dijangkiti chlamydia semasa proses bersalin boleh mengalami radang mata atau paru-paru (pneumonia).
- Gonorea: Penyakit kelamin ini disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Neisseria gonorrhoea dan boleh menjejaskan kedua-dua jantina. Jangkitan boleh berlaku di bahagian kemaluan, dubur, usus dan tekak. Lebih kurang 90 peratus pesakit mengalami simptom-simptom seperti keluaran lendir bernanah dari bahagian kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil.
- Sifilis: Penyakit ini berpunca daripada satu organisma yang dikenali sebagai ‘spirochete’ Sifilis dan boleh merebak melalui hubungan kelamin secara oral, dubur dan vagina ataupun daripada ibu yang dijangkiti sifilis kepada bayinya semasa kehamilan. Secara umumnya, penyakit ini berlaku dalam empat peringkat. Pada peringkat awal, kudis muncul di bahagian zakar atau faraj. Kudis ini biasanya tidak menyebabkan kesakitan dan akan hilang sendiri. Pada peringkat-peringkat berikut, simptom-simptom yang mungkin berlaku ialah demam, menggigil dan sakit otot.
Pemeriksaan fizikal seperti sampel cairan tersebut perlu diambil untuk analisa doktor. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.